thank you 4 join me :D

Monday

dia insan tabah



dia insan tabah
selepas pelbagai dugaan kini dia tetap tabah
mengharungi saat-saat getir sendirian dia tetap tabah
membesarkan anak-anak yang sedang meningkat remaja sendirian dia tetap tabah
kehilangan orang-orang yang dicintai disayangi satu persatu dia tetap tabah
melakukan segala hal sendirian kini dia tetap tabah
kesunyian diri tidak ditunjukkan tapi dia tetap tabah
hakikatnya mungkin dia seperti insan lain tidak sekuat mana tidak setabah mana tapi...
adanya anak-anak dan keluarga besarnya dia terus tabah
mungkin kami tidak serapat mana walaupun ikatan darah itu ada tapi ketabahan dia aku kagumi
ketabahan anak-anaknya mengharungi dewasa dengan kasih sayang yang sedikit hilang sangat aku kagumi
kejayaan anak-anaknya aku kagumi
mereka menjadi dewasa dengan baik
mereka berjaya dengan cemerlang
aku kagum! kagum ketabahan itu
menjadi lebih tabah tanpa orang-orang yang mereka kasihi
doaku untuk mereka agar suatu saat nanti ketabahan mereka akan Tuhan balas dengan berlipat kali ganda
InsyaAllah amin...



No comments:

jom survey :D