assalam suma :D sahur x?? posa x??haaaa bagi yang bercuti ok la jangan makan terang-terang sangat pulak heehhehe..dah jangan nak menyimpang dari tajuk, ok masa untuk.................. serius! ok serius!
kali ni cite pasal sahabat,siapakah sahabat-sahabat kita sebenarnya? kita kenal secara dalam atau luaran je?
dalam memilih sahabat sebenarnya kita DIGALAKKAN ulang tulisa digalakkan supaya memilih sahabat yang boleh membimbing kita ke jalan yang lurus, bukan sahabat yang ajak buat jahat ye :)
Rasullullah s.a.w sendiri pernah mengingatkan dalam hadith oleh At-Tarmizi, katanya " seseorang akan mudah terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah kamu memilih siapa yang harus dijadikan teman "
Rasulullah s.a.w juga berpesan menerusi hadith oleh Al-Bukhari dan Muslim yang mengatakan " perumpamaan teman yang baik dan yang tidak baik ialah umpamawangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangian sama ada dia memberi sedikit atau anda membeli darinya sedikit ataupun kamu dapat mencium darinya bau yang wangi. Manakal tukang besi sama ada dia membakar bajunya atau kamu mencium darinya bau-bauan yang busuk "
Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulumuddin (bimbingan Mukmin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat. katanya " wahai anakku! kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1. jika engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu
2. jika engkau rapatkan persahabtan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu
3. jika engkau memerlukan pertolongan, misalnya dari segi kewangan, dia akan membantumu
4. jika engkau hulurkan sesuatu yang baik kepadanya, dia akan menerima dengan baik
5. jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu
6. jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya
7. jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan usahakan
8. jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu
9. jika datang satu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (melakukan sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut)
10. jika engkau berkata kepadanya nescaya dia akan membenarkanmu
11. jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu
12. jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
ikuti dan contohilah sahabat Rasulullah s.a.w dalam bersahabat. Mereka saling mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya, tiada pe yang lebih penting dari sahabat sejati. Mereka mendahulukan sahabat yang dalam kesusahan melebihi diri sendiri.
Islam telah mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj yang terdiri daripada penduduk asal Madinah. Begitu juga mempersaudarakan kaum Muhajirin (penduduk asal Mekah yang berhijrah ke Madinah) dan Ansor ('Aus dan Khazraj) sehinggakan ada dikalangan sahabat dari golongan Ansor yang sanggup menawarkan harta kepada para sahabat dari golongan Muhajirin. Demikianlah hakikat persahabatan dan ukhuwah dalam Islam.
** tapi jangan lak korang mempergunakan kebaikan sahabat tu ye ;)
* pic : thanx to pak google :D
2 comments:
sahabat yg sejati akan sentiasa ade di saat kita susah atau senang ^^
insyaAllah kita akn dpt shbt sejati klu kta plih yg betul kn3 :D
Post a Comment