thank you 4 join me :D

Friday

PIRANHA MUNCUL??



jom baca sikit berita pagi ni 


Beijing : Sebuah bandar di Selatan China memberi amaran kepada penduduk supaya berhati-hati dengan ancaman piranha selepas ikan itu menyerang dua orang yang masuk ke dalam sunagi.


Malah, pihak berkuasa bandar itu menawarkan hadiah wang tunai 1, 000 yuan (RM 500) setiap seekor ikan bagi sesiapa yang dapat menyerahkan, hidup atau mati, lapor media di sini, semalam. Seorang penduduk, Zhang Kaibo, berkata tangannya tepaksa dijahit selepas tiga ikan itu menyerangnya ketika dia membasuh anjing peliharaannya di tepi sungai.


Dia berjaya menangkap seekor ikan itu tetapi ia mati tidak lama kemudian.
"ibu saya sedah memotongnya dan kami merancang untuk makan tetapi beberapa pegawai tempatan datang dan mengambilnya untuk tujuan kajian," kata Zhang.



Penduduk diminta buru Piranha





Pihak berkuasa perbandaran Guangxi di Liuzhou meminta penduduk memburu dan menangkap ikan itu yang berasal dari Amerika Selatan.
Ikan itu menggigit dua penduduk awl minggu ini ketika mangsa bearda di Sungan Liujiang, lapor China Daily.



"Pihak berkuasa melarang penduduk menggunakan pukat untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang lalu di bandar itu tetapi tidak di tempat lain kerana ada langkah keselamatan diambil.



"Selain itu, lima bot membawa nelayan berpengalaman sudah ditempatkan di sungai itu sejak Isnin lalu," kata pegawai Liuzhou, Wei Yongwen.



"Selain itu, lebih 40 nelayan lain daripada sebuah persatuan memancing tempatan turut menyertai usaha ini. Mereka menggunakan cebisan kecil khinzir untuk mengumpan ikan itu," katanya lagi.



Ada juga penduduk berkumpul di tepi tebing sungai membawa joran sendiri untuk membantu, katanya.



"Agak menakutkan ikan seperti ini berada di sungai ini. Saya tidak dapat berenang lagi di situ. Saya harap mereka dapat tangkap semua piranha dalam masa terdekat," kata seorang penduduk, Liu Junjie.


Kebimbangan tidak berpanjangan



Bagaimanapun, kebimbangan pihak berkuasa tempatan dan penduduk tidak dijangka berpanjangan kerana ikan itu mati apabila suhu air turun di bawah 15 darjah Celcius di Guangxi terutama apabila tiba musim sejuk, kata China Daily.



Media China melaporkan, ikan itu mungkin dilepaskan oleh penduduk yang membelinya sebagai haiwan perhiasan dan pihak berkuasa kini melakukan pemeriksaan bagi menyekat jualan.




** p/s : sumber copy paste : berita harian online 


No comments:

jom survey :D