asslam......morning guys!hhehe baru de free pagi ni nak buat senaman typing so jom baca tazkirah pagi tuk diri sendiri & u'll suma insyaAllah ;)
BANYAK TERTAWA MEMATIKAN HATI
Sudah pasti ada sebabnya mengapa Rasulullah s.a.w berpesan agar kita mengurangkan ketawa sebaliknya banyak menangis. Dalam hidup seharian, kita sendiri lebih banyak ketawa jika dibandingkan dengan menangis. Di dalam masa sebulan berapa banyak kalikah kita menangis?? ketawa sering dikaitkan dengan perkara yang menggembirakan manakala menangis pula berkait dengan kesedihan.
Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w keluar dari masjid, tiba-tiba baginda ternampak 2 orang sedang berbual-bual sambil ketawa. Rasulullah s.a.w menghampiri mereka sambil memberi salam dan berkata, "perbanyakkan mengingati yang merosakkan kelazatan"
Lelaki itu bertanya, "apakah yang merosakkan kelazatan?"
"mati", jawab Rasulullahnsambil memandang wajah 2 lelaki itu yang mengangguk tanda mengiakan.
Rasulullah s.a.w pun keluar dari masjid dan ternampak beberapa orang sedang bergelak ketawa. Baginda menghampiri lalu memberi salam dan berkata, "ingatlah...demi Allah yang jiwaku di tanganNYa, andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis."
Ada beberapa sebab mengapa kita digalakkan menangis. Antaranya :
1. memikirkan dosa-dosa yang telah dilakukan dan tidak diketahui samada dosa itu akan dimaafkan atau tidak.
2. mereka telah melakukan amal kebaikan tetapi tidak tahu apakah amal kebaikan itu diterima atau tidak
3. mereka telah mengetahui apa yang telah dilakukan sebelum ini tetapi tidak tahu apakah yang berlaku selepas ini
4. mereka telah tahu Allah telah menyediakan syurga tetapi tidak pasti apakah boleh masuk atau tidak
5. mereka tidak tahu apakah Allah redha apa yang dilakukan atau murka kepadanya.
Oleh itu sama-samalah kita muhasabah diri. Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang banyak ketawa atau menangis? adakah amal ibadat kita sudah cukup banyak dan telah pastikan bahawa tempat kembali kelak ialah syurga sehingga kita terus-terusan bergembira dan bergelak ketawa?
Jika tidak, berusahalah untuk memikirkan tentang dosa-dosa kita yang lalu, adakah telah diampunkan Allah? begitu juga dengan nasib kita pada masa hadapan. Ingatkan diri tentang kematian yang bakal menjemput bila-bila masa tanpa sebarang petanda.semoga Dia mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dan mudah-mudahan kita dapt berjumpa denganNya dalam keadaan bersih jiwa raga dan diterima segala amal ibadat kita. Amin.
** p/s : mari kita sama-sama muhasabah diri sempena bulan yang mulia ni ;)
2 comments:
alamak, kite ni kaki gelak la pulak huuu
ehheheh sm la kita....toing!xleh xbnyk gelak hakhakhak
Post a Comment