thank you 4 join me :D

Thursday

makanan larangan 'pengantin baru' ??


Rasulullah s.a.w...Adab Uz-Zifaf Ahmad telah menceritakan : " telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : " Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : " wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika dudk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya."

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah akan mengeluarkan 70 jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah menurunkan 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala  pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada makan dan minum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan :-

1. susu
2. cuka
3. ketumbar
4. apple masam

Saidina Ali r.a bertanya : " wahai Rasulullah, mengapakah 4 jenis ini dilarang?" Baginda menjawab "kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk dengan sebab dari 4 perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak mendapat anak"

Saidina Ali r.a bertanya " wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)", Baginda menjawab " apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna"

Mengenai ketumbar ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran, apple masam pula, ia memotong haid sebelum masanya maka jadikan haid berlalu begitu saja dengan sebabnya. "wahai Ali, peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"


No comments:

jom survey :D