thank you 4 join me :D

Tuesday

banyak cara untuk beramal










daripada Abi al-Aswad ad-Dili, daripada Abu Dzar r.a bahawa beberapa orang sahabat berkata kepada Rasulullah s.a.w : " wahai Rasulullah! orang yang banyak harta berpeluang mengumpul pahala yang banyak, sedangkan mereka bersolat, berpuasa seperti kami berpuasa, mereka solat seperti kami bersolat, (tetapi) mereka boleh bersedekah dengan lebihan harta mereka ."
Rasulullah s.a.w bersabda : " bukankah Allah s.w.t telah menjadikan untuk kamu sesuatu yang boleh kamu sedekahkan? sesungguhnya bagi kamu setiap tasbih adalah sedekah, dengan setiap kali takbir (mengucapkan Allahu Akbar) adalah sedekah, setiap kali tahmid (mengucapkan Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap kali tahlil (mengucapkan Lailahailallah) adalah sedekah, amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah dan menggauli isteri adalah sedekah."
para sahabat bertanya : " wahai Rasulullah! apakah apabila salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya, maka dia mendapat pahala (sedekah)? "
jawab Rasulullah : " apakah pendapat kamu seandainya dia memuaskan nafsu pada sesuatu yang haram, adakah dia mendapat dosa? begitulah sebaliknya kalau dia memuaskan pada yang halal, maka dia mendapat pahala."

No comments:

jom survey :D