siblings ;D
thank you 4 join me :D
Thursday
Sya'ban muncul lagi
assalam...ALHAMDULILLAH Sya'ban datang lagi bermakna Ramadhan bakal menjelma,dah ganti puasa??heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee den pun tongah nak perabih la ni sok last yeahhh! alhamdulillah masih diberi kekuatan :)
sempena sya'ban dah datang ni jom sama-sama kita buat sikit amalan (jangan sikit sangat lak) :D
PUASA DI BULAN SYAABAN
di sunatkan berpuasa keseluruhan hari di bulan Sya'ban atau kebanyakan harinya..berdasarkan hadis dari Ummu Salamah r.a yang menceritakan " tidak pernah Nabi s.a.w berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam setahun kecuali di bulan Sya'ban dimana baginda menyambungnya dengan Ramadhan "
Aisyah r.a pula menceritakan " Rasulullah s.a.w kadang-kadang terus menerus berpuasa hingga kami mengaggap beliau tidak berbuka langsung dan kadang-kadang beliau terus menerus berbuka sehingga kami menggap beliau tidak berpuasa langsung.namun demikian aku, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya'ban "
apa hikmahnya Rasulullah s.a.w banyak berpuasa di bulan Sya'ban?
seorang sahabta bernama Usamah bin Zaid r.a pernah bertanya Nabi s.a.w kenapa beliau banyak berpuasa di bulan Sya'ban? Nabi s.a.w menjawab " bulan Sya'ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadhan namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hambanya kepada Tuhan Pencipta Alam, maka aku menyukai amlanku diangkat ketika aku berpuasa " (riwayat Imam An-Nasai)
PUASA SELEPAS NISFU SYA'BAN
sabda Nabi s.a.w,
" apabila berbaki separuh dari bulan Sya'ban maka janganlah kamu berpuasa "
berdasarkan hadis ini dilarang berpuasa selepas nisfu Sya'ban bermula dari tanggal 16 haribulan hinggalah akhir bulan terutamanya sehari atau dua hari sebelum Ramadhan (termasuklah hari Syak) samada puasa sunat atau puasa kerana ihtiyat (yakni dengan niat puasa Ramadhan sebagai berhati-hati) yang kebiasaan berlaku di penghujung Sya'ban.menurut Imam ar-Ruyani "mendahului Ramadhan dengan puasa nisfu Sya'ban hukumnya adalah haram"
* mari kita berpuasa :) insyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment