thank you 4 join me :D

Friday

cara menambah rezeki




Para ulama muktabar meriwayatkan bahawa 10 langkah yang perlu dilakukan untuk menambah dan menyuburkan rezeki serta mendatangkan keberkatan dalam kehidupan.

-Taubat
Seseorang itu hendaklah sentiasa bertaubat di atas dosa yang telah dilakukannya. Taubat tersebut mestilah diiringi dengan:
Meninggalkan perkara-perkara dosa yang telah dilakukan, menyesal dan membenci perbuatan dosa tersebut, berazam tidak akan kembali melakukan dosa tersebut, mengembalikan hak kepada yang berhak, menggantikan fardu yang telah luput.

-Takutkan Allah SWT
Rasa takut yang sebenar-benarnya kepada Allah yakni takutkan kemurkaan dan pembalasan-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

-Niat Yang Satu Dalam Mencari Rezeki
Mencari rezeki atau keperluan hidup dengan niat untuk membantu kita mendekatkan diri dengan Allah yakni untuk melaksanakan perintah Allah supaya dapat menjalankan tanggung jawab kepada keluarga, sesama manusia dan makhluk.

-Sabar
Menahan diri dari keluh kesah terhadap sesuatu yang tidak disukai yang menimpa diri seperti. Sifat sabar perlu ada dalam diri ketika menghadapi situasi berikut:

Ketika ditimpa bala, penyakit atau lain-lain ujian daripada Allah.
Ketika mengerjakan segala perintah Allah.
Ketika berusaha meninggalkan segala larangan Allah.

-Bersyukur
Mensyukri dan memuji Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya dan menggunakan segala nikmat tersebut di jalan yang diredhai Allah.

-Ikhlas
Menumpukan niat atau perkerjaan yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan membersihkan hati dar sifat riya’, takbur atau inginkan pujian dari manusia.

-Tawakkal
Berpegang hati dan berserah diri kepada Allah setelah berusaha kerana yakin Allah berkuasa di atas segala sesuatu.

-Sentiasa Mengingati Allah
Kasihkan Allah dengan mengingati-Nya pada setiap ketika dan keadaan. Hendaklah bersegera menunaikan perintah-Nya yang fardhu dan menambah amalan-amalan sunat dan berusaha dengan sedaya upaya untuk menjauhi dosa dan maksiat.

-Redha
Menerima dengan tenang segala ujian daripada Allah dan redha dengan ketentuan-Nya tanpa berkecil hati dan yakin dengan rahmat Allah kerana Allah Maha Mengetahui di atas setiap sesuatu yang berlaku.

-Sentiasa Mengingati Mati
Sentiasa mengingati mati akan menjadikan kita sentiasa mempersiapkan diri dengan amalan-amalan kebajikan dan menjauhi amalan-amalan buruk kerana takutkan balasan dan azab daripada Allah SWT. Amalan-amalan kebajikan akan membuka pintu rezeki manakala maksiat akan menutup pintu rezeki.

No comments:

jom survey :D